Saturday, 30 September 2017
Emma Maembong hasilkan seni atas tudung
Menyedari yang bukan semua orang mampu memiliki hasil seninya di atas kanvas, pelakon Emma Maembong muncul dengan My Sketchbook Shawl By Emma Maembong.
Jelas Emma keinginan untuk mengeluarkan hasil seninya di atas tudung sudah lama dipendam, bagaimanapun kekangan masa membuatkan hasratnya hanya dapat direalisasikan sekarang.
“Saya memang seorang pelukis sebelum bergelar pelakon, Timbul idea bila saya tahu tidak semua mampu membeli hasil seni saya. Jadi adik beradik saya yang lain muncul dengan idea untuk memperkenalkan My Sketchbook Shawl By Emma Maembong.
“Jadi saya terjemahkan hasil seni saya di atas tudung. Bagaimanapun bukanlah bermakna karya ini hanya untuk mereka yang bertudung. Saya juga mahu ia dijadikan koleksi buat mereka yang ingin menghargai nilai seni saya juga,” katanya.
Tidak pernah melupakan bidang lukisan, kata Emma sehingga kini dia masih berkarya. Bagaimanapun kekangan waktu membuatkan dia terpaksa membataskan waktu untuk seninya ini.
“Saya tidak pernah lupakan minat saya dalam bidang lukisan malah setiap hari saya melukis kalau ada waktu terluang. Selalunya saya selalu membawa buku lakaran ke mana-mana sahaja.
“Jadi bila kakak saya, Yaya Maembong memberi idea bagaimana hasil seni itu boleh di nikmati mereka di luar sana, saya setuju untuk tubuhkan My Sketchbook Shawl By Emma Maembong bersama mereka,”katanya.
Sebelum ini, My Sketchbook Shawl By Emma Maembong telah mengeluarkan tiga koleksi tudung melalui Libelle, Metafora, Fatamorgana sebelum ini. Kini empat lagi koleksi terbaharu akan diperkenalkan iaitu Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan Seashell. Harga setiap koleksi bermula dari harga RM55 sehingga RM 99. - UTUSAN ONLINE
Artikel asal > Emma Maembong hasilkan seni atas tudung
Survei Terbaru: 42% Sekolah Islam di Inggris Mewajibkan Muridnya Berhijab
Hijab masih menjadi perdebatan di berbagai negara termasuk Inggris. Bahkan menurut survei terbaru sekitar 42% sekolah mewajibkan muridnya berhijab. Hal ini kemudian menjadi perdebatan antar beberapa pihak.
Ya, sebuah penelitian menemukan kalau dua dari lima sekolah Islam di Inggris meminta murid-murid perempuannya memakai jilbab karena merupakan bagian dari seragam sekolah. Sekitar 59 dari 142 sekolah Islam di Inggris termasuk SD membuat kebijakan kalau pemakaian hijab itu wajib. Hal tersebut juga diungkapkan oleh Badan National Secular Society (NSS).
Kebijakan itu menjadi kontroversi. Seperti NSS yang tak setuju dengan kewajiban berhijab di sekolah. Pihak NSS pun menulis surat kepada Education Secretary Justine Greening untuk mengungkapkan keprihatinannya atas hal ini. NSS menginginkan kalau hijab tidak menjadi seragam wajib ke sekolah tapi diberikan pilihan bebas saja terutama untuk murid-murid SD.
"Menurut pandangan kami, memaksa anak memakai jilbab atau barang religius lainnya bertentangan dengan nilai dasar di Inggris. Dengan norma HAM yang lebih luas akan hak anak-anak. Ini perlu segera ditangani," tulis pihak NSS seperti dilansir dari Metro.
Salah satu contoh sekolah di Inggris yang sudah menerapkan kebijakan tersebut adalah Feversham College di Bradford, Inggris. Sekolah Menengah Pertama (SMP) itu mengeluarkan kebijakan kalau seragam harus longgar dan sederhana. Jilbab menjadi seragam wajib digunakan oleh para murid perempuan.
Sementara 18 sekolah Islam lainnya menyatakan kalau kebijakan mereka soal jilbab adalah pilihan. Direktur NSS Stephen Evans pun menyarankan agar mengizinkan murid-murid yang masih duduk di bangku SD maupun SMP untuk bebas berekspresi termasuk memilih mengenakan jilbab atau tidak.
"Kebebasan individu bisa berarti apa saja, membiarkan anak-anak mengembangkan kepercayaan diri merek sendiri dan memutuskan sendiri bagaimana memilih. Sekolah harus memberdayakan anak perempuan untuk membuat keputusan sendiri begitu mereka siap melakukannya," ujar Stephen.
Artikel asal > Survei Terbaru: 42% Sekolah Islam di Inggris Mewajibkan Muridnya Berhijab
Tonjol gaya ceria si comel
Pengalaman sukar mencari tudung dan jubah untuk si kecil membuatkan Shirin Faira Fazlin Ibrahim mendapat idea membuka butik pakaian kanak-kanak perempuan secara dalam talian.
Ujarnya, dia terpaksa membeli kain dan membuat tempahan dengan tukang jahit sebelum ini kerana agak sukar mendapatkan pakaian digemari anak perempuannya yang berusia lapan tahun.
Bagi berkongsi keselesaan dan mudah mendapatkan pakaian untuk anak perempuan terutama jubah serta tudung segera, dia membuka butik dalam talian, Princess Lil Zahra bersama rakan kongsinya, Aizura Awang Bakar.
Koleksi pakaian kanak-kanak yang ditampilkan untuk usia dua hingga 13 tahun itu dijual pada harga RM89 hingga 99 (jubah) dan RM25 hingga RM35 (tudung).
Kebanyakan koleksi yang ditampilkan rekaan sendiri sebelum dihantar untuk disiapkan oleh tukang jahit tempatan.
“Konsep moden dipilih pada setiap helaian, namun masih mengekalkan ciri rekaan yang comel, selesa dan mudah digayakan, sesuai untuk dipakai oleh si kecil.
“Penggunaan fabrik crepe, sutera crepe dan satin diutamakan kerana ia lebih sejuk serta memberikan kesan alunan yang menarik kepada si pemakai.
“Rekaan jubah dan tudung atau selendang segera yang sedia dipakai itu akan berubah mengikut musim. Kebiasaannya, butik ini menampilkan satu rekaan dengan 10 warna pilihan yang kebanyakannya pastel ataupun terang,” katanya.
Ujarnya, dia lebih suka menampilkan koleksi yang banyak bermain dengan warna bagi menonjolkan gaya yang ceria dan keanak-anakan.
Fabrik polos tanpa corak sengaja digunakan kerana mahu mengekalkan gaya yang ringkas dan sederhana agar penampilan si kecil tidak terlalu berlebihan.
Bagi koleksi tudung dan selendang segera, penggunaan fabrik kapas likra lebih sesuai kerana ia lebih sejuk serta selesa digayakan.
Pada masa sama, ada juga koleksi yang menggunakan fabrik lycra berkilat untuk disesuaikan dengan tema majlis istimewa yang dihadiri.
Semua koleksi terkini jenama berkenaan boleh didapati secara langsung di butik vendor, Pick A Dress, Seksyen 9, Bangi atau secara dalam talian di www.instagram.com/princesslilzahra/
Artikel asal > Tonjol gaya ceria si comel
Tudung selesa ceriakan si cilik
Mudah digayakan dan selesa dipakai, antara dua ciri yang membuatkan hati si kecil berubah menjadi riang ketika mengenakan tudung atau selendang segera.
Bertambah menarik perhatian apabila pilihan warna ceria pada koleksi tudung sedia dipakai membuatkan anak anda bertambah puas.
Pengalaman sukar untuk mendapatkan tudung mengikut saiz dan rekaan sesuai untuk dua anak perempuannya membuatkan Nurzulali Mohd Tahet gemar membuat sendiri tudung untuk anaknya itu.
Ditambah dengan sikapnya yang tidak suka membeli-belah menguatkan azam untuk menjahit tudung atau selendang bukan saja untuk si kecil tetapi dirinya sendiri.
“Ketika bekerja sebagai juruanalisis sistem di institusi perbankan, saya menerima tempahan menjahit tudung disebabkan memang hobi saya. Sepanjang saya bekerja hingga ke hari ini, semua tudung dan selendang dipakai dijahit sendiri, malah dua anak perempuan saya juga memakai tudung jahitan saya.
“Selepas 15 tahun bekerja, saya berhenti pada 2012 dan mula aktif belajar membuat tudung untuk memantapkan kemahiran.
“Kemudian, saya belajar cara berniaga secara dalam talian dengan bimbingan Irfan Khairi dan akhirnya memilih untuk menjalankan perniagaan yang memberi fokus terhadap koleksi tudung kanak-kanak,” katanya yang membuka butik Online, Mama Ameera.
Bermula dengan hanya dua mesin mudah alih, dia menambah enam mesin jahit industri hingga memiliki bengkel jahitan sendiri selepas memberi tumpuan penuh kepada perniagaannya itu.
Ujarnya, kebanyakan rekaan tudung yang ditampilkan adalah idea sendiri. Misalnya, koleksi Button Kid Shawl. Idea menghasilkan koleksi selendang yang berbutang itu hadir selepas dia melihat kehadiran pelangi selepas hujan.
Bagi memudahkan pemakaiannya terutama kanak-kanak yang masih kecil, dia menambah jahitan butang bagi membolehkan pemakaiannya diubah mengikut kesesuaian anak.
Koleksi berkenaan menggunakan kain kapas lycra kerana ia lebih sejuk dan selesa dipakai oleh si kecil. Ia didatangkan dalam lima warna terang yang paling digemari kanak-kanak termasuk merah jambu, biru dan ungu lembut.
Selain selendang, jenama berkenaan turut menampilkan himpunan tudung sarung yang diperbuat daripada fabrik moss crepe. Menariknya, rekaan ini boleh digayakan dengan dua cara kerana ia disiapkan dalam dua warna berbeza iaitu terang di bahagian luar dan rona yang lebih lembut di dalam.
Kebanyakan rekaan dihasilkan hanya mengeluarkan maksimum 10 warna berbeza bagi memenuhi cita rasa si kecil yang boleh digayakan sekitar usia tujuh hingga 12 tahun.
Material yang menjadi pilihannya ialah lycra, kain kapas lycra dan moss crepe kerana ia lebih sesuai serta selesa untuk digayakan kanak-kanak. Bermula pada harga RM25 hingga RM35, semua koleksi tudung kanak-kanak jenama berkenaan boleh didapati secara dalam talian di Facebook atau Instagram, mymama-ameera dan Google Play Store, Kids Hijab Mama Ameera.
Selain menjahit tudung dan selendang untuk bersantai, dia turut menampilkan koleksi tudung sekolah sedia dipakai dalam warna asas iaitu putih, biru dan hitam.
Kini, dia baru mula menjahit dan memperkenalkan koleksi telekung kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menggunakan kain kapas sulam dan renda berwarna.
Baginya, bidang jahitan ini tidak perlu dipandang rendah kerana pelbagai bidang yang boleh diterokai.
“Di sini, saya ingin tekankan bahawa wanita bekerjaya yang berhenti bekerja atas apa sebab sekalipun tidak boleh mensia-siakan pengetahuan dan pengalaman untuk menjadi ibu yang bekerja dari rumah,” tegasnya.
Artikel asal > Tudung selesa ceriakan si cilik
Selendang satin lembut
Didatangkan dengan lebih 20 warna pilihan, selendang Dena, koleksi daripada Rina Salleh Clothing antara pilihan menarik buat Muslimah.
Pemiliknya, Norazrina Mohd Salleh, 29, menyifatkan selendang koleksinya itu yang diperbuat daripada fabrik satin lembut amat selesa ketika dipakai selain mudah digayakan dengan pelbagai fesyen terkini.
Menurutnya, selendang itu mudah dililit kerana saiznya yang tidak terlalu pendek, juga tidak terlalu labuh selain menjadikan bentuk wajah si pemakai kelihatan terbentuk dan manis dipandang.
"Selain amat selesa ketika dipakai, koleksi selendang ini juga dijual dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM45 sehelai.
"Kepelbagaian pilihan warna ini juga membolehkan pelanggan menyesuaikannya bersama baju yang dipakai sebelum digayakan ke majlis jemputan atau hanya sekadar ke pejabat dan bersantai," katanya.
Norazrina akui, selendang keluarannya itu juga amat kemas ketika dipakai dan kelihatan beralun sekiranya si pemakai bijak menggayakannya mengikut pelbagai fesyen pilihan.
"Bagi saya apa yang paling utama ialah keselesaan ketika ia dipakai, selain saiznya yang bersesuaian dan mampu menutup aurat Muslimah.
"Selendang Dena ini ringkas dan kosong, namun ia amat sesuai untuk digayakan bersama jubah, baju kurung mahupun kemeja," ujarnya.
Sekiranya si pemakai bijak menggayakannya dengan lilitan terkini, penampilan pasti nampak lebih anggun dan menawan.
"Seperti yang kita ketahui, kini terdapat pelbagai fesyen lilitan selendang yang mampu menyerlahkan penampilan Muslimah yang gemar berfesyen. Selendang Dena ini antara selendang yang mudah digayakan," katanya.
Koleksinya boleh didapati di dua cawangan butik di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor dan Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Pelanggan juga boleh melayari Instagram rinasallehclothing untuk mendapatkan koleksi itu secara dalam talian.
Artikel asal > Selendang satin lembut
Anggun, sopan
Tudung atau selendang dengan pelbagai kombinasi warna, saiz, corak atau perhiasan semakin lama menjadi keperluan bagi melengkapkan penampilan Muslimah.
Jika dulu pemilihan fesyen tudung atau selendang tidak sepenting memilih pakaian atau busana, sebaliknya kini pemakaian hijab juga menjadi salah satu perkara yang dititikberatkan dari semua aspek.
Fesyen bertudung mempunyai pelbagai gaya yang boleh disesuaikan dengan sebarang situasi dan acara serta pakaian yang dipakai wanita.
Malah, boleh dikatakan ikatan tudung amat penting bagi menampakkan si pemakai lebih bergaya untuk disesuaikan dengan sebarang majlis dihadiri.
Revolusi fesyen tudung juga menyaksikan ramai wanita gemar menggayakan selendang dengan pelbagai teknik simpulan serta lilitan, sekali gus membawa penampilan yang anggun serta sopan dalam kalangan Muslimah.
Tidak kurang juga trend pemakaian selendang segera yang semakin mendapat tempat kerana lebih mudah digayakan dan tidak mengambil masa lama untuk memakainya.
Bagaimanapun, pemakaian selendang masih tetap menjadi pilihan sesetengah wanita kerana tidak terikat dengan satu gaya saja seperti selendang segera.
Bagi yang masih mencari idea untuk bertudung, butik tudung dalam talian iObey memberikan panduan serta gaya terkini koleksi tudung moden kontemporari yang menambah seri Muslimah sejati.
Selendang Malikka iaitu selendang panjang separa bulan keluarannya sesuai digayakan bersama semua busana seperti baju kurung, blaus, seluar dan jubah.
Artikel asal > Anggun, sopan
Selendang lebar labuh di dada
Saiz tudung atau selendang yang digayakan sering menjadi antara masalah yang dialami kebanyakan Muslimah yang mahu kelihatan cantik dan pada masa sama menutup aurat dengan sempurna terutama pada bahagian dada.
Bagi membantu Muslimah terutamanya yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa, Jolis Scarves tampil dengan koleksi selendang terbarunya yang direka khusus untuk menangani masalah itu.
Pengasas Jolie Scarves Nabila Sabrina Mohamad berkata, koleksi selendang lebar dihasilkan menggunakan material sifon lembut yang mudah digayakan dan dibentuk dengan pelbagai cara mengikut kehendak pemakai.
“Selendang ini tidak mudah kusut dan nampak terletak ketika digayakan serta pastinya mempunyai saiz yang dapat menutupi bahagian dada walaupun selepas dililit dengan gaya pilihan.
“Ia didatangkan dalam 15 warna pilihan menarik untuk menyerlahkan lagi penampilan si pemakai,” ujarnya.
Nabila berkata, soal harga juga tidak menjadi masalah kerana koleksi ini dijual dengan harga mampu milik dan tidak membebankan iaitu hanya RM30 sehelai.
“Sambutan yang diterima sehingga kini amat menggalakkan kerana rata-rata pelanggan memuji saiz dan materialnya yang mudah dililit dan digayakan.
“Koleksi ini juga kini menjadi trend kepada wanita dan remaja bertudung kerana ia memberikan hasil yang cantik dan yang paling utama saiznya yang tidak terlalu pendek juga tidak terlalu labuh,” katanya yang menjalankan perniagaan secara atas talian.
Menurut Nabila, pihaknya juga berpuas hati kerana penghasilan selendang terbaru itu dapat membantu menyelesaikan masalah dialami kebanyakan Muslimah yang mahu berfesyen dan menutup aurat dengan sempurna.
“Selendang ini juga tidak perlu digosok berulang kali kerana material yang digunakan itu tidak mudah berkedut,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi selendang Jolie Scarves, layari laman sosial Facebook https://www.facebook.com/joliebytreschic dan Instagram @joliescarves.
Artikel asal > Selendang lebar labuh di dada
Berdakwah melalui fesyen
Tudung misalnya, sudah tidak terhad kepada satu dua gaya saja kerana terdapat pelbagai aliran dan rekaan baru yang mendapat sambutan di pasaran.
Ia dicetuskan oleh minat wanita hari ini yang mahu tampil lebih bergaya dan tidak ketinggalan mencuba pelbagai rekaan baru yang bersesuaian.
Tidak hairanlah jika beberapa jenama fesyen Muslimah di negara ini memiliki populariti yang dikatakan melebihi label fesyen kontemporari terkenal dari luar negara.
Antara yang sering menjadi sebutan adalah koleksi Galeri Hijab dan Busana Ratu yang diasaskan wanita gigih dari Kelantan, Juwita Abdullah.
Jenama berkenaan bukan asing lagi untuk diperkenalkan kerana sudah lama bertapak kukuh dan menjadi pilihan ramai wanita yang ingin bergaya dengan fesyen terkini.
Pelbagai pilihan disajikan antaranya tudung segera, selendang dan juga skaf bagi memenuhi keperluan penampilan terkini busana Muslimah.
“Jenama ini menyediakan pelbagai jenis pilihan dan secara tidak langsung masyarakat boleh memilih apa yang mereka minati.
“Ada jenis tudung yang terus disarungkan dan amat ringkas, tidak kurang juga selendang yang boleh disuntik pelbagai teknik bertudung.
“Untuk mereka yang ingin mempelajari teknik bertudung dalam penataan gaya lebih canggih atau kontemporari, koordinator fesyen busana kami boleh membantu,” katanya.
Mengenai jenama yang diusahakan itu, Juwita, 46, berkata, semuanya bermula kerana minat mendalam terhadap dunia fesyen Muslimah di negara ini.
Namun, bidang perniagaan bukan asing kerana keluarganya turut mempunyai asas dalam perniagaan sebelum ini. Niat utamanya ketika menceburi bidang perniagaan terbabit adalah bagi menzahirkan minat wanita untuk menutup aurat.
“Bagi saya, menghasilkan rekaan yang boleh dimanfaat oleh wanita juga salah satu dakwah secara berseni.
“Saya berpegang teguh kepada prinsip meskipun agama tidak pernah melarang umatnya bergaya dan mengikuti aliran fesyen terkini, sebaiknya perlu menutup aurat dengan sempurna.
“Disebabkan itu, saya mahu terus melahirkan rekaan fesyen pakaian dan tudung yang bukan saya mengikut aliran terkini malah mematuhi tuntutan agama,” katanya.
Menurut Juwita, keanggunan wanita bukan hanya terletak pada budi bahasa semata-mata kerana penampilan luaran juga perlu diambil kira.
Jelasnya, sebagai Muslimah, fesyen tudung dan pakaian yang dipilih mestilah mempunyai ciri sopan serta menutup aurat bagi menghayati nilai Islam sejati.
Kata Juwita, jika dilihat perkembangan ilham fesyen tudung dan busana Muslimah hari ini, dia yakin percaturannya selama ini tidak silap. Tudung contohnya bukan setakat rekaan biasa kerana ia perlu dipelbagaikan bagi disesuaikan dengan semua lapisan umur.
“Tambahan pula, tudung kini digemari bukan hanya golongan berusia sebaliknya golongan remaja.
Perkembangan itu sedikit sebanyak membuktikan rekaan tudung atau fesyen Muslimah itu juga mampu menjadi medium untuk mengajak masyarakat ke arah fesyen yang lebih sopan.
“Insya-Allah, saya memasang cita-cita untuk membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa,” katanya mengakhiri perbualan.
Artikel asal > Berdakwah melalui fesyen
To post
https://www.hmetro.com.my/node/52870
https://www.hmetro.com.my/node/94575
https://www.hmetro.com.my/node/216206
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/08/250605/tudung-mudah-bentuk
https://www.hmetro.com.my/node/96313
https://www.hmetro.com.my/node/188169
https://www.hmetro.com.my/node/214411
https://www.hmetro.com.my/node/27580
https://www.hmetro.com.my/node/73693
https://www.hmetro.com.my/node/57516
https://www.hmetro.com.my/node/145904
https://www.hmetro.com.my/node/203143
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/08/257790/tudung-eksklusif-berhias-manik
https://www.hmetro.com.my/node/49575
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/07/244881/letak-aksesori-corak-sendiri
https://www.hmetro.com.my/node/140951
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/09/259762/eksklusif-tampak-mewah
https://www.hmetro.com.my/node/85744
https://www.hmetro.com.my/node/227144
http://www.sinarharian.com.my/wow/empat-tip-memilih-tudung-sempurna-1.707145
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/fesyen/hijab-fesyen-terokai-pasaran-tudung-1.375808
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/05/232685/selesa-di-tubuh
https://www.hmetro.com.my/node/174107
https://www.hmetro.com.my/node/181714
http://www.utusan.com.my/hiburan/dunia-fesyen-bisnes-umie-erra-1.487904
https://www.bharian.com.my/node/227454
https://www.hmetro.com.my/rap/2017/08/258051/ranggi-selebriti-hijabista
http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/naelofar-hijab-reka-tudung-8232-untuk-juruterbang-airasia-1.491126
http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/jual-tudung-biayai-pengajian-1.497728
http://www.sinarharian.com.my/wow/pesona-turki-fuzainy-scaves-1.683980
https://www.hmetro.com.my/node/227144
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/06/238401/pelengkap-lebaran
https://www.hmetro.com.my/node/88879
https://www.hmetro.com.my/node/98963
https://www.hmetro.com.my/node/91331
https://www.hmetro.com.my/node/19312
https://www.hmetro.com.my/node/91331
https://www.hmetro.com.my/node/47955
https://www.hmetro.com.my/node/44224
https://www.hmetro.com.my/node/94575
https://www.hmetro.com.my/node/216206
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/08/250605/tudung-mudah-bentuk
https://www.hmetro.com.my/node/96313
https://www.hmetro.com.my/node/188169
https://www.hmetro.com.my/node/214411
https://www.hmetro.com.my/node/27580
https://www.hmetro.com.my/node/73693
https://www.hmetro.com.my/node/57516
https://www.hmetro.com.my/node/145904
https://www.hmetro.com.my/node/203143
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/08/257790/tudung-eksklusif-berhias-manik
https://www.hmetro.com.my/node/49575
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/07/244881/letak-aksesori-corak-sendiri
https://www.hmetro.com.my/node/140951
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/09/259762/eksklusif-tampak-mewah
https://www.hmetro.com.my/node/85744
https://www.hmetro.com.my/node/227144
http://www.sinarharian.com.my/wow/empat-tip-memilih-tudung-sempurna-1.707145
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/fesyen/hijab-fesyen-terokai-pasaran-tudung-1.375808
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/05/232685/selesa-di-tubuh
https://www.hmetro.com.my/node/174107
https://www.hmetro.com.my/node/181714
http://www.utusan.com.my/hiburan/dunia-fesyen-bisnes-umie-erra-1.487904
https://www.bharian.com.my/node/227454
https://www.hmetro.com.my/rap/2017/08/258051/ranggi-selebriti-hijabista
http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/naelofar-hijab-reka-tudung-8232-untuk-juruterbang-airasia-1.491126
http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/jual-tudung-biayai-pengajian-1.497728
http://www.sinarharian.com.my/wow/pesona-turki-fuzainy-scaves-1.683980
https://www.hmetro.com.my/node/227144
https://www.hmetro.com.my/hati/2017/06/238401/pelengkap-lebaran
https://www.hmetro.com.my/node/88879
https://www.hmetro.com.my/node/98963
https://www.hmetro.com.my/node/91331
https://www.hmetro.com.my/node/19312
https://www.hmetro.com.my/node/91331
https://www.hmetro.com.my/node/47955
https://www.hmetro.com.my/node/44224
Rekaan tudung bawal seiring masa
Ada yang gemar menggayakan tudung bersengkuap dan tidak kurang juga jenis bawal kerana masing-masing mempunyai tanggapan sendiri mengenai rekaan tudung atau selendang yang terbaik untuk menonjolkan kecantikan wajah.
Misalnya, tudung bawal yang keunikannya masih diminati kerana ia dianggap lebih sesuai dengan sesetengah gaya dan bentuk wajah.
Justeru, tidak hairanlah jika ada peminat tudung bawal yang masih menggayakannya biarpun pelbagai jenis rekaan tudung yang dikatakan lebih mudah dan cepat dipakai laris di pasaran.
Lebih menarik apabila rekaan tudung bawal diperbaharui dengan pelbagai jenis penggunaan perincian mahupun fabrik untuk memastikan gayanya seiring dengan trend semasa.
Memahami cita rasa wanita masa kini yang bergaya sopan dan ringkas, dua koleksi tudung Mulawa Bawal iaitu Amrina Floral dan Amrina Fancy Petak ditampilkan butik dalam talian, Mulawa Fashion.
Menurut Pengurus Operasi Mulawa Fashion Delina Ismail, ia direka untuk wanita yang gemar memakai tudung bawal kosong dan pada masa sama, mahu bergaya kasual.
"Kebanyakan rekaan tudung bawal yang dihasilkan sebelum ini dijahit dengan pemilihan elemen perincian di bahagian hujung keliling tudung.
"Lazimnya, ia dijahit dengan jarak lima sentimeter dari bahagian hujung tudung untuk menyerlahkan keseimbangan warna tudung yang kosong dan perincian bercorak yang dijahit di atasnya.
"Selain sesuai digayakan seperti gaya tudung bawal empat segi, ia juga boleh digayakan seperti tudung bawal segera dengan meletakkan pin di bahagian depan tudung," katanya.
Katanyanya, penggunaan elemen perincian pita serong kapas (bias tape) bermotifkan corak bunga dan petak beragam ditempah khas di kilang untuk dijahit pada bahagian tepi tudung.
Kemasan jahitan menjadi keutamaan jenama ini di samping stok warna sedia ada. Selain itu, pelanggan juga boleh menentukan warna tudung atau perincian mengikut cita rasa sendiri.
Selain elemen perincian, pemilihan fabrik sesuai juga begitu dititikberatkan. Fabrik voile dijadikan pilihan untuk menghasilkan koleksi tudung bawal kerana ia mempunyai ciri-ciri yang ringan, lembut dan polos.
Butik yang dibuka secara dalam talian ini menampilkan 20 warna berbeza untuk koleksi Amrina Floral ( bidang 114 sentimeter) dan Amrina Floral (bidang 152 sentimeter) serta 10 rona menarik bagi Amrina Fancy Petak (bidang 114 sentimeter).
Walaupun rekaan tudung bawal ini tampak ringkas, ia tampil kemas jika digayakan ke kuliah atau tempat kerja selain dipakai ketika bersantai bersama rakan mahupun seisi keluarga.
Artikel asal > Rekaan tudung bawal seiring masa
Selendang segera warna ceria
Selendang dan tudung, selain menutup rambut dan bahagian dada, juga menjadi penyeri kepada penampilan wanita.
Kini, pemakaian tudung atau selendang bertambah mudah kerana tidak perlu mengambil masa lama untuk mencipta lilitan menarik dan kemas.
Bukan itu saja, selendang atau tudung perlu tampak senada dengan pakaian digayakan bagi menyempurnakan penampilan terutama bagi wanita berkerjaya.
Pengasas dan pemilik Maira Collections Noraini A Rani berkata, dia melihat pasaran untuk pakaian Muslimah semakin luas seiring dengan penerapan nilai Islam di negara ini.
"Kami memilih konsep yang mudah disuai padan, pada masa sama ringkas, tetapi elegan. Justeru, kami menyasarkan koleksi ini buat wanita berkerjaya yang mementingkan
penampilan kemas dan menarik.
"Bagi koleksi terkini, kami menampilkan rekaan terbaru yang mengetengahkan konsep selendang segera dengan warna ceria. Walaupun selendang segera ini ditampilkan dalam rona ceria, ia mudah disuai padan dengan pakaian.
"Malah, cara memakainya juga mudah. Anda hanya perlu sarungkan dan bahagian selendang yang lebih panjang ditarik ke atas sebelum dipinkan di atas kepala mengikut keselesaan masing-masing," katanya.
Butik yang mula dibuka pada akhir 2008 itu juga menampilkan 11 warna berbeza untuk memberi pilihan pelbagai kepada si pemakai.
Katanya, helaian koleksi yang diberi nama Instant Shawl Maira Hanna itu tampak menarik kerana kombinasi warna yang dipilih, sekali gus memudahkan pemakai memadankannya dengan pakaian yang digayakan.
Material yang digunakan ialah sifon yang dijahit secara dua lapisan supaya ia tidak keliharan jarang manakala bahagian sengkuap selendang dijahit menggunakan fabrik sutera mentah jaquard yang tahan lasak.
Saiz selendang bermula S hingga XXL dengan ukuran lebar dan panjang bermula dari bahagian dagu ke dada dengan harga bermula RM90 ke atas mengikut saiz berbeza.
Setiap helaian yang ditampilkan kali ini berbeza dengan sebelumnya kerana ia diketengahkan dengan gabungan dwiwarna yang menarik perhatian bersama jahitan kemas.
Menariknya, setiap pelanggan juga boleh memilih kombinasi corak dan polos atau polos saja mengikut cita rasa. Deretan helaian selendang segera ini sesuai digayakan wanita berusia 20 tahun ke atas.
Kini, pelanggannya bukan hanya terdiri daripada penduduk tempatan, malah koleksi tudung dan selendangnya itu menembusi pasaran Brunei, Singapura dan Timur Tengah.
Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai koleksi pilihan sama ada berkunjung ke butiknya di Subang Jaya atau secara dalam talian melalui Facebook.
Tambah Noraini, sehingga ke hari ini jenama berkenaan berjaya menjual purata 1,000 tudung dalam tempoh sebulan dan angka itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa.
Terima kasih:Mairacollections.com
Artikel asal > Selendang segera warna ceria
Ibu, anak tampil sedondon
Prinsipessa bermaksud puteri dalam bahasa Itali dan amat serasi dengan ilham setiap tudung keluaran jenama tempatan itu yang mempunyai perincian teliti bagi setiap koleksinya.
Setiap rekaan diberi perhatian penuh, daripada anak tudung hingga tudung segera menggunakan fabrik mewah dengan rekaan menawan dan selesa dipakai sepanjang hari.
Jenama itu menawarkan hampir 20 rekaan dan lebih 130 pilihan warna dengan harga bermula hanya daripada RM8 sehingga RM88 setiap helai.
Biarpun tidak meletakkan harga tinggi, kualitinya tetap dijaga selain kelihatan anggun apabila digayakan.
Antara koleksi yang mendapat permintaan tinggi ialah Mawar, Melati, Daisy, Tulip dan Buttercup.
Koleksi terbaru yang semakin popular pula ialah Camelia, Lavender, Ixora, Dahlia, Akasia dan Peony.
Anak tudung, koleksi Cempaka yang mempunyai 10 pilihan warna untuk memudahkan padanan dengan tudung.
Pelbagai rekaan tudung daripada biasa hingga tudung segera ditawarkan mengikut cita rasa pelanggan yang berbeza. Malah, koleksi turut menawarkan rekaan ringkas hingga kepada gaya lebih glamour.
Sesuai digayakan untuk formal mahupun kasual, tudung jenama itu mudah dan selesa digayakan setiap peringkat umur.
Sempena Aidilfitri akan datang, jenama itu turut menghasilkan tudung segera untuk ibu dan anak, Akasia dan Alyssa. Khusus untuk pemakai yang mahu tampil sedondon dengan anak mereka pada hari raya, ia membariskan lebih daripada 10 kombinasi warna berbeza dan segar.
Pemilihan materialnya didatangkan dengan fabrik berkualiti tinggi supaya ibu dan anak kelihatan manis dan glamor menyambut lebaran. Akasia dan Alyssa boleh didapati dengan harga RM100 setiap set.
Fesyen dan keselesaan juga kesempurnaan berhijab diperhalusi dalam setiap rekaannya. Sopan dalam keanggunan dan praktikal setiap masa.
Tampil berbeza dan unik, koleksi jenama itu boleh didapati dalam kotak eksklusif, menjadikannya sesuai untuk diri sendiri, juga boleh dijadikan hadiah berharga kepada seseorang.
Ia turut menawarkan peluang menjana pendapatan sampingan kepada mereka yang berminat menjadi pengedar Prinsipessa. Variasi pilihan tudung boleh didapati melalui butik talian di www.prinsipessa.com, Instagram TudungPrinsipessa, Facebook TudungPrinsipessa .
Artikel asal > Ibu, anak tampil sedondon
Subscribe to:
Posts (Atom)















