Saturday, 30 September 2017
Anggun, sopan
Tudung atau selendang dengan pelbagai kombinasi warna, saiz, corak atau perhiasan semakin lama menjadi keperluan bagi melengkapkan penampilan Muslimah.
Jika dulu pemilihan fesyen tudung atau selendang tidak sepenting memilih pakaian atau busana, sebaliknya kini pemakaian hijab juga menjadi salah satu perkara yang dititikberatkan dari semua aspek.
Fesyen bertudung mempunyai pelbagai gaya yang boleh disesuaikan dengan sebarang situasi dan acara serta pakaian yang dipakai wanita.
Malah, boleh dikatakan ikatan tudung amat penting bagi menampakkan si pemakai lebih bergaya untuk disesuaikan dengan sebarang majlis dihadiri.
Revolusi fesyen tudung juga menyaksikan ramai wanita gemar menggayakan selendang dengan pelbagai teknik simpulan serta lilitan, sekali gus membawa penampilan yang anggun serta sopan dalam kalangan Muslimah.
Tidak kurang juga trend pemakaian selendang segera yang semakin mendapat tempat kerana lebih mudah digayakan dan tidak mengambil masa lama untuk memakainya.
Bagaimanapun, pemakaian selendang masih tetap menjadi pilihan sesetengah wanita kerana tidak terikat dengan satu gaya saja seperti selendang segera.
Bagi yang masih mencari idea untuk bertudung, butik tudung dalam talian iObey memberikan panduan serta gaya terkini koleksi tudung moden kontemporari yang menambah seri Muslimah sejati.
Selendang Malikka iaitu selendang panjang separa bulan keluarannya sesuai digayakan bersama semua busana seperti baju kurung, blaus, seluar dan jubah.
Artikel asal > Anggun, sopan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment