Selepas seminggu menyambut lebaran, masih belum terlambat untuk mencari persalinan indah buat bergaya di rumah terbuka mahupun bertandang ke majlis perkahwinan saudara serta rakan.
Sekalipun tidak bercadang menambah koleksi busana, mungkin padanan tudung atau selendang boleh ditukar baru untuk menonjolkan sedikit kelainan berbanding penampilan pada pagi raya lalu.
Bagi yang suka tampil luar biasa setiap kali bertandang ke rumah terbuka, pastinya selendang eksklusif menjadi pilihan untuk kelihatan menonjol. Lagi pula jika buah hati turut serta menjadi teman setia di sisi, sudah tentu penampilan harus nampak segar dan istimewa.
Butik serba lengkap House of Bellezza (HOB) membawakan koleksi selendang dan tudung raya, khusus untuk mereka yang masih tercari-cari padanan sesuai untuk digayakan di majlis rumah terbuka dan acara rasmi sepanjang Syawal ini.
Berpegang pada konsep ringkas, luar biasa, mewah dan elegan, selendang HOB sangat indah dipadankan dengan semua jenis busana tidak kira sarat perincian, polos mahupun klasik.
Menyediakan pilihan rona menarik dari pastel manis, matang sofistikated sehinggalah ke warna garang menyerlah, selendang dan tudungnya memang selesa dipakai. Apa yang penting, harganya jauh lebih murah berbanding kebanyakan produk berjenama di pasaran!
Selendang Swarovski
Selendang panjang bertatahkan batu Swarovski ini lembut dan mudah dipakai. Menggunakan fabrik sutera satin, kemilau batu Swarovski yang tersusun indah di sepanjang kemasan bertindihnya mencetuskan aura glamor.
Sekali imbas, selendang ini bukan saja sesuai digayakan ke majlis rumah terbuka, malah cukup elegan digayakan ke majlis perkahwinan atau keraian formal. Hiasan batu di bahagian kepala turut menaikkan seri pemakai sekali gus menyempurnakan penampilan dalam apa saja acara penting.
Selendang segera
Direka khusus untuk golongan pertengahan usia yang cenderung memilih gaya ringkas, selendang dari fabrik sifon berat ini hanya perlu disarung terus ke muka dan digayakan mengikut kadar labuh yang disukai.
Susunan batu Swarovski di bahagian sisinya bukan setakat menaikkan seri pemakai, malah menonjolkan gaya sofistikated serta yakin dalam penampilan. Terdapat dalam 10 rona matang, selendang ini masih sesuai untuk golongan muda yang bijak berfesyen!
Bawal satin sutera
Tudung empat segi ini dihasilkan untuk memenuhi permintaan ramai wanita muda dan remaja yang mementingkan kesempurnaan dalam gaya. Menggunakan fabrik satin sutera, tudung ini sesuai digayakan dengan pelbagai jenis busana tidak kira tradisi, moden mahupun kasual.
Selain kilauan fabrik berkualiti, titik mewah tudung ini terletak pada logo HOB yang dihias bersama taburan Swarovski di salah satu bucunya.
Bawal scarf of Bellezza
Istimewanya tudung segi empat ini terletak pada corak pucci, campuran abstrak dan mainan rona lembut sehingga terang garang. Ia sesuai digayakan dengan kurung, kebaya, kemeja atau apa saja busana polos dan bermotif ringkas.
Warna lembutnya cukup memikat, sementara pilihan rona terangnya melambangkan keberanian, keyakinan tinggi serta imej dalam berfesyen.
Selendang Moss Krep
Percaya atau tidak, selendang ini ringkas tanpa corak. Namun istimewanya ia sejuk dipakai dan sesuai digayakan mengikut kreativiti.
Berbanding kebanyakan selendang yang menggunakan fabrik sifon, selendang ini bukan saja tidak jarang tetapi mudah diurus dan tahan lasak!
Artikel asal > Tampil berbeza dengan padanan tudung
No comments:
Post a Comment