Ringkas dan mudah digayakan dengan pelbagai penampilan sama ada kasual mahupun formal menjadikan tudung ala serban (turban) terus diterima ramai.
Lebih menarik apabila ilham daripada satu rekaan turban yang ringkas itu berjaya menyuntik pelbagai koleksi yang diketengahkan oleh pemilik Ilham Echenta, Faezah Ahmad Fadzil.
Bukan hanya di negara ini, malah jenama berkenaan sudah dikenali di Singapura, Perancis, United Kingdom, Qatar, Jerman, Sweden dan Denmark.
Namun, masih ramai wanita di negara ini kurang yakin untuk mengenakan fesyen tudung berkenaan kerana merasakan bentuk wajah mereka yang kurang sesuai.
Bagi memberi idea mengenai pemakaian tudung yang lebih mudah dan moden kepada penggemar turban yang kurang yakin untuk menggayakannya, butik berkenaan memperkenalkan koleksi Aulia Hijab.
Menariknya, rekaan terkini butik berkenaan berjaya mendapat tarikan di luar jangkaan kerana ia mudah digayakan dengan pelbagai gaya lilitan mudah.
Sama ada menggayakan serban atau lilitan tudung yang ringkas, ia masih menonjolkan gaya urban dan kemas kepada si pemakai.
Bagi memberi peluang kepada pemakai mendapatkan idea menggayakan fesyen terkini rekaannya, Faezah berkongsi tutorial ringkas dalam majlis minum petang yang diadakan di butik DemureByHana di Kelana Jaya.
Artikel asal > Gaya terkini turban
No comments:
Post a Comment