Monday, 11 September 2017

Gaya Fesyen Hijab:Fesyen Ideal Buat Pengantin Berhijab




KEBIASAANNYA penghujung tahun banyak musim kahwin yang akan berlangsung. Setiap pengantin pastinya ingin tampil cantik dan menawan di majlis perkahwinan.
Namun bagi pengantin berhijab tentunya mereka sering runsing dan keliru untuk menggayakan fesyen ideal kerana busana yang digayakan haruslah sopan dan berlandaskan syariat agama.
Oleh itu, dipaparkan kriteria-kriteria fesyen ideal khusus untuk pengantin berhijab.

Pemilihan Fabrik
Pastikan fabrik yang dipilih tidak terlalu nipis sehingga menampakkan susuk tubuh.
Seelok-eloknya, busana perlulah mempunyai lapisan dalam (inner) agar penampilan anda sopan dan sempurna. Anda juga harus bijak memilih fabrik yang tidak melekat pada tubuh.
Jenis potongan
Pilih potongan busana yang longgar dan tidak terlalu ketat. Potongan sheath dan empire line adalah antara potongan ideal buat pengantin berhijab. Ia boleh menampilkan siluet polos dan memberikan keselesaan.

Pemilihan rona
Elakkan daripada memilih rona yang terlalu menonjol dan terang. Bagi mencipta kesan sopan dan ayu, pilihlah rona pastel seperti biru cair, ungu lembut, merah jambu lembu, krim dan sebagainya.

Perincian Busana
Pastikan perincian pada busana tidak terlalu sarat. Hiasan yang ringan dan ringkas bakal memberi impak eksklusif. Anda juga dinasihatkan agar memilih rona perincian yang senada dengan rona busana. Cukup sekadar tertumpu di satu bahagian sahaja agar penampilan anda lebih sederhana dan seimbang.

Tudung bersesuaian
Pilihlah tudung yang ringkas dan polos agar anda tampak elegan. Jika ingin memilih tudung dengan perincian, cukup sekadar yang minimalis dan tidak keterlaluan. Anda boleh memilih tudung jenis sifon dan como crepe kerana ia akan memudahkan gaya lilitan, selain ia tampak lebih terletak dan kemas.

Sumber:Sinar Harian

No comments:

Post a Comment